Astaka Morocco, Putrajaya – Sebuah pavillion ikonik berinspirasikan seni bina tradisional Maghribi yang dibangunkan sebagai kemudahan khas di Putrajaya. RK Partnership menyediakan khidmat ukur bahan dan perundingan kos bagi menyokong pelaksanaan reka dan bina, dengan menyeimbangkan kawalan kos pembinaan dan pengekalan nilai seni bina serta identiti budaya projek ini.