Cadangan tambahan bangunan 2 tingkat blok pembelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani ini melibatkan perluasan kemudahan sedia ada bagi menampung keperluan latihan dan pembelajaran yang semakin meningkat. RK Partnership menyumbang khidmat ukur bahan dan perundingan kos untuk memastikan kerja tambahan ini dirancang dan dilaksanakan secara berkesan dari segi bajet, kualiti serta keperluan operasi kampus.