Cadangan tambahan bangunan wad dan perkhidmatan gunasama di Hospital Gua Musang, Kelantan ini bertujuan menambah kapasiti rawatan serta mempertingkatkan kemudahan sokongan hospital. RK Partnership menyediakan khidmat ukur bahan dan perundingan kos untuk membantu merancang, mengawal dan mengurus kos pembinaan supaya kerja-kerja tambahan ini dilaksanakan secara berkesan, berdaya saing dan selaras dengan keperluan operasi hospital.