Cadangan pembangunan Tapak Kekal Pameran Pertanian Negara Fasa 1 di Mukim Dengkil, Daerah Sepang melibatkan pembangunan kawasan pameran tetap bagi menyokong aktiviti pertanian, pameran dan program berkaitan agro. RK Partnership menyediakan khidmat ukur bahan dan perundingan kos untuk memastikan pembangunan ini dirancang dan dilaksanakan secara tersusun, berdaya maju dan seiring dengan keperluan fungsi tapak jangka panjang.